Di satu malam..sedang enak menonton berita tv3 suku laki aku cakap..siap boikot lagi jom heboh..melepasss aku nak p tgk jom heboh dan tetiba wali berteriak.....
wali : Buuuu...tgk bu..( teriak wali sambil menunjukkan sesuatu )
Aku : Itu rama-rama kalo abg nak tahu..
Wali : Lama-lama ( pelek wali )
Aku : bey..bekali ada org nak masuk minang abi kot.
Abi : hah..mitok larrr benar...aihhhh masuk minang dehh...mitok lar mitok..>>!
ooo..sensitip ehhhh...tak leh gurau ehhh...im sorry..!
Sunday, October 30, 2011
Di satu malam...
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Dah musim dia..apa nak di kata
Hujan yg mencurah-curah sekarang...mmg dah musim dia..tak perlu nak berkeluh kesah..!Berita pun dah memberi amaran banjir bagi kawasan pantai timur..!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Tuesday, October 25, 2011
Sharing is caring - entry ini bukan aku yg tulis
Assalamualaikum wbt,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka
sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala , mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam
menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka
siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
C.I.N.T.A
* cinta itu ialah perasaan bila mana kamu mendapat sms kamu cepat2 check dgn harapan sms itu daripada si dia yg kamu cinta
*cinta itu bila kamu sanggup mengalah demi dia yg kamu cinta.
*cinta itu ialah bila kamu tidak sanggup berjauhan dengan nya.
*cinta itu ialah satu perasaan bila mana kamu teramat rindukan dia sehingga mahu mengapai dan memeluk nya dalam mimpi sekalipun
*cinta itu bila mana dia hadir membawa kegembiraan dalam hidup kamu....
*cinta itu macam tomyam..tanpa serai dan daun limau purut tak kan enak...
*cinta itu macam Air BAtu CAmpur...tanpa perasa x kan menjadi
*Cinta itu bila mana kamu tak sanggup tgk dia tido di atas sofa...
*cinta itu bila mana kamu mengharapkan dia tidak melukakan hati kamu walo sekelumit...
Aku : kepenatan akibat kesihatan yg tak mengizinkan
Otak : Masalah opeh ku tinggal di opeh
Hati : Baik-baik sayang
Jiwa : Untuk mereka-meraka yg ku sayangi
Mata : Arghhhhhhhhhhhhhhh sentiasa mengantuk
Mulut : Nak tegur tak tertegur...biarlah..!
Telinga : Perli..perli..perli..ku dgr jer... ada aku kesahhhh.!
Badan : Nak cuti tapi cuti berkubur...
Rasa : Sejuk yg membunuh..hahhahahha..!
Ntah aper-aper aku merapu...!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Monday, October 24, 2011
Batukkkkkkkkk yg betul-betul menganggu masyarakat sekeliling......
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...tension weiiii batuk aku masih tak hilang2 lagi..
Apa ke helnya..ubat dah makan,antibiotik dah telan..berambus ler weiii..!
Kau bikin my day is bad..perit segala macam organ aku nehhh..!
Akibat kau wahai batuk...! Don't like-like u bery much..!
Sapai pembawa kuman nehh...? Aku yg antibodi kuat porm bleh melekat dan terlekat..!
Sungguh tidak bermaknaaaaaaa......!
Aku yg terpaksa berkeja di temani batuk2 yg menggangu situasi opehhhh...
Nak bercuti..? Aku pekerja cemerlang okehh...!
Setakat batuk2 jer...tak ku layan cuti wokehhhh...? Harap maklum..!
Ngaku jer lar kan pekerja cemerlang...padahal cuti aku dah berkubur..!
Tak pelah..ku tanggung derita ini..moga batuk ku ini berambus secepat mungkin...!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Tuesday, October 18, 2011
sweet mcm madu..tapi aku tak suka madu..!
Cikgu Tanya Kehadiran Anak Muridnya
Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH dan
SAYANG :)
alalallalalllalallalalalla....so swettt...!!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Budak Perempuan Dilanggar Dibiarkan...di mana nilai kemanusiaan...??
Serius....aku emosi sgt kalo pasal budak2 neh..!
Emosi aku terganggu...jiwa aku jadi kacau...!
Tak tertanggung nya sakit diorang kan...!
Ce tgk video kat atas nun...!
Ada jer erk manusia atas muka bumi yg macam diorang semua nie...
Tgk jer budak tu tanggung kesakitan...
Ya Allah kenapa erk tak der lansung belah kesian..
Tak der perasaan nak tolong pun...mcm ler yg terlentang kat jalan tu anak kucing...!
Sedikit sebanyak info yg aku dpt...
Budak perempuan nie sdg di rawat di sebuah hospital...
Keadaan nya masih kritikal....
Doktor mengklasifikasikan budak nie dah mati otak..!
Aku mengharapkan sesuatu yg terbaik untuk budak ini.
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Wednesday, October 12, 2011
Monday, October 10, 2011
Aku merojakkan entry aku..
Sedia maklum ler kan...jumaat pak jib bentangkan bajet 2012
Opkos kakitangan awam duk tertunggu-tunggu ler...
kalo-kalo ada yg masyuk...sikit porm dah okey dr tak der lasum..!
Tersenyum lebar ler para penjawat awam coz kanaikan gaji n bonus 1/2 bulan..!
Aku musykill.....!!!!!!!!!!
Kenapa erkk...?? Perlu ketuk2 meja...? Ada dua kemungkinan...!
Protes or Setuju..! Dasar kaki ampu...! Opssssssssssssss...... Abaikan..!!
Tapi yg mcm tak kena umur persaraan di lanjutkan ke 60 taun..
aiii banyangkan lerr...kalo lelaki boleh ler tahan..
Kalo pompuan..60 taunnnnnnnnnnnnn...?????????? Pakai tongkat gamaknya.......?
Nak plak yg duk kaunter...maakkk aiiiiiii....!
Ce bayang...ce bayang...??
Aku rasa ler kan...sungguh tidak relevannnnnnnnnnnnnnn....??????
Kalo nak mengrelevankan porm bagi mereka yg gred gaji beriban-riban...
Kalo stakat kerani or sewaktu2 dgnya lasum tidak sesuaiiii................!
Tak pepasal gaji bebuta...iyaa daakkkkkkkkkkk....!Banyak jer contoh kat sini..blom sampai 58taun porm dahh mcm-mcm..!
Tak pepasal org muda yg kena tanggung kerja warga emas nie...!
Abis isu banjet...
Sabtu kan..my swett laki...( sesuai..?? ) bw my sweet prince n princess ( baru sesuai ) mandi-manda kat kolam...x sampai 15 minit mandi langit Allah porm gelap gempita..hujan porm turun renyai-renyai..maka hasrat wali untuk bermandi-manda secara berhemah tidak lah kesampaian..sian kannn....!
Cerita lain di waktu lain
godek-godek hanset aku terjumpa ler pic nie...
Seigat aku lerr kan..last aku makan benda alah nie masa ngandumkan budak kat atas nun...
budak kat atas nun dah 1taun 4 bulan so dah staun lebey dah aku tak makan benda nie..!
Ishhh Isshhhhh...patut sedap semacam pormm...!
Cerita Ikan
Rumah aku kan..sejak Ramadhan yg mulia laki aku ada ler beli ikan...
Ikan nie sepasang tau..aku jantan dan betina...
Tiap-tiap hari kan..ikan nie di beri makan...excited jer budak 2 org nun kalo nak beri ikan makan...sungguh peyanyang anak-anak aku..!
Doaku moga ikan ini hidup segar...mati jangan..Boleh...????
Tapi kan...laki aku cakap ikan dia dah gemuk..!
Macam samer jer.!!!!!!!!!
Nota kakiku : semangat nak berblog jatuh merundum...ku paksa-paksa,tak jua keluar..haiyaaaa
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Sunday, October 9, 2011
Bini-biniku Gangster
Terlayan cite nie kat Astro First..
So far okey-okey jer larrr...
Paling besh watak yana Samsudin...
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Sunday, October 2, 2011
Sekadar perigatan
Sudah bulan Oktober rupanya...
haiyaaaa...cepatnya masa berlalu..
Aku yang masih di sini...
Masih di takuk lama..
Cuba meng"improvekan segala-lanya..!
Tapi tiada yang memihak..
Kekadang hanya dia yg maha mengetahui...
Kekeluhan..kebisingan...
Tapi sudah di tetapkan di atas sana..
Setiap yg bernafas..ada bahagiannya..!
Aku berpegang pada itu..
Berpegang terus berpegang..
Tapi manusia..
Apalah daya..dgn iman yg cetek..
Sentiasa merungut...sentiasa tidak bersyukur..!
Tapi aku terlalu mengharap...
Semoga apa yg di rungutkan...apa yg di keluhkan
apa yg di bisingkan menjadi nyata...!
Dan pasti...
Bila ia menjadi nyata..
masih ada yg di rungutkan..masih ada dikeluhkan..!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan


