oomaigooodddd....lama sudah aku tak menulis...
Seriosly..aku tak beridea di tambah aku aku sibuk dengan kerja2 duniawi..
Duniawi jer porm..takder ler penting sgt..!
Tetiba jer kan aku tersentap oleh kata2 org atasan aku...
Iya..she is frendly person..tapi mulutnya lebih tajam dr mata pedang..
Mata pedang porm tak setajam mulutnya...!
Ufffffsss...ada aku kesah..? Mesti lar kan kalo idak tak der lar aku tersentap.
Dah nak masuk tahun baru beberapa hari lagi..
Mesti korang duk sibuk tanam azam itu ini...
Tanam jer larr wei..subur ker tak belakang kira..
Yang penting ada jer azam utk ditanam..
Jangan duk pung pang pung pang sana sini tapi habuk porm tarak...
Tuesday, December 27, 2011
Peringatan untuk aku sendiri
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Thursday, November 10, 2011
Drama saya..hero mesti hensem baru menjiwai..!
Dulu-dulu kan..dlm taun 90an..zaman gila-gila remaja..drama jepun ler yg menjadi kegeliaan aku...masa tu aku tgk cerita jepun mcm minum air tea beng kat kedai...x pernah miss..!Aku gila kat hero jepun yg hensem..bergaya bagai...antara nama yg aku igat spt Takashi Sorimachi,Takuya Kimura dan heroin op kos nanako..rasa2nya nanako nehh bini Takashi...kalo tak silap ler..kalo silap im sorry..!
Cite yg aku igat sampai skrg cita GTO..panjangnya Great Teacher Onizuka..hero jepun aku Takashi Sorimachi...! Besh woooo cite neh...aku egat cite nie tayang kt TV2..masa tu aku form 4 or 5...cite neh main belah ptg..! Kisah dia pasal cikgu yg nakal mengajar anak murid yg nakal...aku pun x ingat dah jalan cerita nya mcm ner..tapi yg pasti cite neh menjadi kegilaan aku..!You see my hero..hensem kan. Tp kan aku rasa hero aku neh dah tua lerr skrg..! Ishhh ishh iss...dah tak sesuaiii jd hero..!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Wednesday, November 2, 2011
Tak der tajuk..
Layan Cinta Elisya...aku mcm terminat ler kat Airil tu...
Muka mcm Hero Kampung tp gaya slamber jer kan...
Ho..ho..hoo...Ohssssssss Airil..cissss Fashaaa....boleyyy jerrr kann...???
Aku mengharapkan langit cerah ari ini..matahari keluar agar bisa mengeringkan baju aku di amapaian...( skema ayat ).!
Nota KAkiku : Sambung nanti...nak p cr bekpes...!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Sunday, October 30, 2011
Di satu malam...
Di satu malam..sedang enak menonton berita tv3 suku laki aku cakap..siap boikot lagi jom heboh..melepasss aku nak p tgk jom heboh dan tetiba wali berteriak.....
wali : Buuuu...tgk bu..( teriak wali sambil menunjukkan sesuatu )
Aku : Itu rama-rama kalo abg nak tahu..
Wali : Lama-lama ( pelek wali )
Aku : bey..bekali ada org nak masuk minang abi kot.
Abi : hah..mitok larrr benar...aihhhh masuk minang dehh...mitok lar mitok..>>!
ooo..sensitip ehhhh...tak leh gurau ehhh...im sorry..!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Dah musim dia..apa nak di kata
Hujan yg mencurah-curah sekarang...mmg dah musim dia..tak perlu nak berkeluh kesah..!Berita pun dah memberi amaran banjir bagi kawasan pantai timur..!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Tuesday, October 25, 2011
Sharing is caring - entry ini bukan aku yg tulis
Assalamualaikum wbt,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka
sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala , mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam
menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka
siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
C.I.N.T.A
* cinta itu ialah perasaan bila mana kamu mendapat sms kamu cepat2 check dgn harapan sms itu daripada si dia yg kamu cinta
*cinta itu bila kamu sanggup mengalah demi dia yg kamu cinta.
*cinta itu ialah bila kamu tidak sanggup berjauhan dengan nya.
*cinta itu ialah satu perasaan bila mana kamu teramat rindukan dia sehingga mahu mengapai dan memeluk nya dalam mimpi sekalipun
*cinta itu bila mana dia hadir membawa kegembiraan dalam hidup kamu....
*cinta itu macam tomyam..tanpa serai dan daun limau purut tak kan enak...
*cinta itu macam Air BAtu CAmpur...tanpa perasa x kan menjadi
*Cinta itu bila mana kamu tak sanggup tgk dia tido di atas sofa...
*cinta itu bila mana kamu mengharapkan dia tidak melukakan hati kamu walo sekelumit...
Aku : kepenatan akibat kesihatan yg tak mengizinkan
Otak : Masalah opeh ku tinggal di opeh
Hati : Baik-baik sayang
Jiwa : Untuk mereka-meraka yg ku sayangi
Mata : Arghhhhhhhhhhhhhhh sentiasa mengantuk
Mulut : Nak tegur tak tertegur...biarlah..!
Telinga : Perli..perli..perli..ku dgr jer... ada aku kesahhhh.!
Badan : Nak cuti tapi cuti berkubur...
Rasa : Sejuk yg membunuh..hahhahahha..!
Ntah aper-aper aku merapu...!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Monday, October 24, 2011
Batukkkkkkkkk yg betul-betul menganggu masyarakat sekeliling......
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...tension weiiii batuk aku masih tak hilang2 lagi..
Apa ke helnya..ubat dah makan,antibiotik dah telan..berambus ler weiii..!
Kau bikin my day is bad..perit segala macam organ aku nehhh..!
Akibat kau wahai batuk...! Don't like-like u bery much..!
Sapai pembawa kuman nehh...? Aku yg antibodi kuat porm bleh melekat dan terlekat..!
Sungguh tidak bermaknaaaaaaa......!
Aku yg terpaksa berkeja di temani batuk2 yg menggangu situasi opehhhh...
Nak bercuti..? Aku pekerja cemerlang okehh...!
Setakat batuk2 jer...tak ku layan cuti wokehhhh...? Harap maklum..!
Ngaku jer lar kan pekerja cemerlang...padahal cuti aku dah berkubur..!
Tak pelah..ku tanggung derita ini..moga batuk ku ini berambus secepat mungkin...!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Tuesday, October 18, 2011
sweet mcm madu..tapi aku tak suka madu..!
Cikgu Tanya Kehadiran Anak Muridnya
Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH dan
SAYANG :)
alalallalalllalallalalalla....so swettt...!!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Budak Perempuan Dilanggar Dibiarkan...di mana nilai kemanusiaan...??
Serius....aku emosi sgt kalo pasal budak2 neh..!
Emosi aku terganggu...jiwa aku jadi kacau...!
Tak tertanggung nya sakit diorang kan...!
Ce tgk video kat atas nun...!
Ada jer erk manusia atas muka bumi yg macam diorang semua nie...
Tgk jer budak tu tanggung kesakitan...
Ya Allah kenapa erk tak der lansung belah kesian..
Tak der perasaan nak tolong pun...mcm ler yg terlentang kat jalan tu anak kucing...!
Sedikit sebanyak info yg aku dpt...
Budak perempuan nie sdg di rawat di sebuah hospital...
Keadaan nya masih kritikal....
Doktor mengklasifikasikan budak nie dah mati otak..!
Aku mengharapkan sesuatu yg terbaik untuk budak ini.
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Wednesday, October 12, 2011
Monday, October 10, 2011
Aku merojakkan entry aku..
Sedia maklum ler kan...jumaat pak jib bentangkan bajet 2012
Opkos kakitangan awam duk tertunggu-tunggu ler...
kalo-kalo ada yg masyuk...sikit porm dah okey dr tak der lasum..!
Tersenyum lebar ler para penjawat awam coz kanaikan gaji n bonus 1/2 bulan..!
Aku musykill.....!!!!!!!!!!
Kenapa erkk...?? Perlu ketuk2 meja...? Ada dua kemungkinan...!
Protes or Setuju..! Dasar kaki ampu...! Opssssssssssssss...... Abaikan..!!
Tapi yg mcm tak kena umur persaraan di lanjutkan ke 60 taun..
aiii banyangkan lerr...kalo lelaki boleh ler tahan..
Kalo pompuan..60 taunnnnnnnnnnnnn...?????????? Pakai tongkat gamaknya.......?
Nak plak yg duk kaunter...maakkk aiiiiiii....!
Ce bayang...ce bayang...??
Aku rasa ler kan...sungguh tidak relevannnnnnnnnnnnnnn....??????
Kalo nak mengrelevankan porm bagi mereka yg gred gaji beriban-riban...
Kalo stakat kerani or sewaktu2 dgnya lasum tidak sesuaiiii................!
Tak pepasal gaji bebuta...iyaa daakkkkkkkkkkk....!Banyak jer contoh kat sini..blom sampai 58taun porm dahh mcm-mcm..!
Tak pepasal org muda yg kena tanggung kerja warga emas nie...!
Abis isu banjet...
Sabtu kan..my swett laki...( sesuai..?? ) bw my sweet prince n princess ( baru sesuai ) mandi-manda kat kolam...x sampai 15 minit mandi langit Allah porm gelap gempita..hujan porm turun renyai-renyai..maka hasrat wali untuk bermandi-manda secara berhemah tidak lah kesampaian..sian kannn....!
Cerita lain di waktu lain
godek-godek hanset aku terjumpa ler pic nie...
Seigat aku lerr kan..last aku makan benda alah nie masa ngandumkan budak kat atas nun...
budak kat atas nun dah 1taun 4 bulan so dah staun lebey dah aku tak makan benda nie..!
Ishhh Isshhhhh...patut sedap semacam pormm...!
Cerita Ikan
Rumah aku kan..sejak Ramadhan yg mulia laki aku ada ler beli ikan...
Ikan nie sepasang tau..aku jantan dan betina...
Tiap-tiap hari kan..ikan nie di beri makan...excited jer budak 2 org nun kalo nak beri ikan makan...sungguh peyanyang anak-anak aku..!
Doaku moga ikan ini hidup segar...mati jangan..Boleh...????
Tapi kan...laki aku cakap ikan dia dah gemuk..!
Macam samer jer.!!!!!!!!!
Nota kakiku : semangat nak berblog jatuh merundum...ku paksa-paksa,tak jua keluar..haiyaaaa
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Sunday, October 9, 2011
Bini-biniku Gangster
Terlayan cite nie kat Astro First..
So far okey-okey jer larrr...
Paling besh watak yana Samsudin...
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Sunday, October 2, 2011
Sekadar perigatan
Sudah bulan Oktober rupanya...
haiyaaaa...cepatnya masa berlalu..
Aku yang masih di sini...
Masih di takuk lama..
Cuba meng"improvekan segala-lanya..!
Tapi tiada yang memihak..
Kekadang hanya dia yg maha mengetahui...
Kekeluhan..kebisingan...
Tapi sudah di tetapkan di atas sana..
Setiap yg bernafas..ada bahagiannya..!
Aku berpegang pada itu..
Berpegang terus berpegang..
Tapi manusia..
Apalah daya..dgn iman yg cetek..
Sentiasa merungut...sentiasa tidak bersyukur..!
Tapi aku terlalu mengharap...
Semoga apa yg di rungutkan...apa yg di keluhkan
apa yg di bisingkan menjadi nyata...!
Dan pasti...
Bila ia menjadi nyata..
masih ada yg di rungutkan..masih ada dikeluhkan..!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Thursday, September 29, 2011
Soffiya~~layan cerita aku plak teremosi..!
Internet macam hampeh...
dia rap dia...awat tak lapor kat polis..!
Hehehhehe..aku pulak yg teremosi...
Cerita jer pun..!
kalo korang layan cerita nie dari awal..
Kompem sakit hati sesangat...!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Wednesday, September 28, 2011
Tersentap..disentap dan menyentak..!
Entry sebelum nie aku ada cerita yg keje opeh adalah membanyak..
menambun...dan membukit...Ditambah dgn Audit negeri berkampung kat sini..
Mesyuarat jk kewangan...ambik alih tugas sket2...jamuan hari raya...chop choppp jamuan hari raya to termasuk erkkss...?? Abaikan..!
dan mmg banyak lerr keje aku sejak akhir2 ini...
aiii...banyak keje porm nak bising...!Suka ati larr kann ini BLOG SYAHER...!
Cerita lain...
Pagi nie kan aku di sentap lar bukan sikit tau banyak...
kalo pasal anak-anak..aku x leh kompromi ler..serius..!
Niat aku baik tau...cuma bertanya jer...bukan menuduh..!
Tapi di salahertikan oleh nya..mesti lar aku tanya...
anak aku..nyawa aku,jiwa aku..!
Tak kan ler tak boleh bertanya langsung...aku bertanya cuma nak
cari punca untuk selesaikan masalah..
Tapi...
aduihai..entah lar..!
Laki aku porm satu..tpn aku asyik nak saiko aku jer..aku sedih tau..
kenangkan anak-anak aku..!
Dush..! Dush..! Dush..!
Belasah..belasah..belasahhh....!
Sebelum kejadian...
Laki aku kan...dah berminggu-minggu menderita sakit gigi..
gigi bongsu plak tu..so nak cabut gigi tu kena operate bagai...
semalam dah tamat dah riwayat gigi bongsu tu..tapi dia punya ngeri masa nak
cabut tu punya lerr tragis...
dia cerita balik kat aku...mmg ngeri ler..!
dpt ler MC 3 ari..
Aku pun berdikari lar konsepnya..
Turun pagi balik ptg dgn anak-anak..
Dgn berbekalkan semangat "saya boleh bawa Turbo " aku pun hidupkan kereta
kasi panas2 skit..angkat isha,ambil beg-beg..last skali ambil wali..!
tapi......
Lari dia ngalahkan nampak hantu mak mimah..
puas pujuk tak jalan..
memasuki masa kecederaan utk aku kejar punch card...
pujuk punya pujuk tak jalan...
apa punya pelik hari nie tak nak pergi...
Last2...semangat aku nak bawa turbo porm berkecai sbb laki aku hantar..
Aku pun tersenyum kegembiraan...!
Ngeh ngeh ngehh.....
Nota kakiku : panjang plak entry ari nie..
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Sunday, September 25, 2011
Dan bila deria aku tak der rasa...gini ler jadinya..!
Bad mood...down mood..n sewaktu dgnya..!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Thursday, September 22, 2011
Akukah yang tak tahu..
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu aku damping mu
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Haruskah aku pun tetap menanti kamu
Berikan jawapan
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu aku
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu aku aku damping mu
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
aku tau ler mimpi tu mainan tidor...tapi jange ler nimpi yg bukan2
Semalam kan aku mimpi woooo...
Cisshhh mainkan aku ler too..aku tak kesah lar kan mimpi hantu2 ker...
aku tak takut porm kalo bab hantu2 neh...
tapi jgn ler mimpi yg aku neh kehilangan org2 yg aku syg...
bgn tido bisa bengkak mata aku...
Aku tak nak...aku tak nak...walo mimpi sekalipun...!
tolong larr weii aku emosi neh bab2 neh...
Mood aku down ler pepagi ag...
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Wednesday, September 21, 2011
Luahan hati 5minit sblm pukul 5..
Tajuk tak boleh tahan keeennn...
rasnya nya kan..aku dua tiga arinie sibuk dgn kerja2 opeh...
Aku tak tau nak capai yg mana satu...
Last2 aku jadi feedup nak buat keje..aku porm berpesbuk tok ilangkan stress..
cewahh stress ler kekonon...
Btol aku tak tipu...aku feedup aku bosan tok berkerja...
Aku buat tu...aku tinggal..aku buat nie aku tinggal..
last2 semua keje aku tak terselesai...
hahahhaha aku gelak tok diriku okeh..
alaaa dah nak pukul 5 lerr..
Chow dulu..bubyee..!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Saya yang menurut perintah
Aku kan....mengiyakan apa jer yang bos aku suruh buat..
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Monday, September 12, 2011
Kalo betul doremon itu ada.....
Masa kecik-kecik dulu...aku selalu layan cerita doremon...dan bila umur aku menigkat dewasa aku selalu bayangkan alangkah indahnya kalo aku ada sekor doremon.
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Sunday, September 11, 2011
Open house..kenduri kendara..makan-makan..!
Hujung minggu yang terisi dgn aktiviti makan-makan free...hehhehe
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Thursday, September 8, 2011
alahai anak..kekadang bikin hati mak nie sayu.!
abah : burung murai nak
anak : burung apa?
abah : burung murai
anak : burung apa?
abah : burung murai nama dia
anak : burung apa?
abah : burung murai sayang.
anak : burung apa?
abah : hah! burung murai man. hah tu sarang dia man.
Ada masalah donia ker budak nie..( bajet bdk setahun ada masalah kikikikki )
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Wednesday, September 7, 2011
alahaiii..awat nampak mcm ibu mengandum...!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Tuesday, September 6, 2011
Tiada kata selain syukur..semuanya udah selesai.!
Syawal 4 adik aku sudah selamat di ijabkabulkan dgn...opkos pilihan hati dia..~!
malass ahhh nak membebel panjang2...scrol down jer yep...
Ish ish Batrisyia...susah bebenor nak amik gambar,,,!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Monday, September 5, 2011
Isnin yg ceria..aku dah mula keje..!
Yahooo....aku dah mula keje hari nie...sunday cuti yg tak di plan..cuti yg tak di isi borang..
aku redah jer..sbb kemarin penat raya n penat kenduri belum hilang lagi..
Bila aku cuti maka anak2 turut sama bercuti...
.
.
.
.
.
.
.
Bila anak tak bercuti maka tak der masa untuk aku merehatkan badan,merehatkan minda dan merehatkan apa yg memenatkan aku..! btol ker ayat aku..Lantak p arrr...!!
Mood keje ari nie ok2 jer.
Buat yg ke entah berapa kali..pejabat aku di ceroboh oleh pencuri yg lahanat..!
2set komputer di angkut....( sempat pulak di angkut )..barang2 berharga habis di kebas oleh pencuri..
Nampak gayanya beraya sakan lar erkk si pencuri...
Tapi nak gaduh apanya...umah family aku nga mertua aku sekankang anak kera jooo...aku org pasir mas..laki aku kay bee...dekat jooo..! So time raya...tak der gado2..tak der masam2..!
Anak teruna n Anak Dara aku...!!
Sebelum bertolak ke umah mertua...tunggu abi diorang dari masjid..payah bebenor budak nie nak amik gambo...
Satu-satunya sepupu diorang belah abi nya...syamil..! Kalo belah aku ramai...
Gegak gempita larr umah tok ma nya...
Nota kakiku : kredit tok adik ipa aku...gamba first n third..!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Thursday, August 25, 2011
Mood Nak balik kampung
uwahwwahwwwahwwaah......gelak sama aku...cepat gelak sama aku..gelak panjang2...!
Rata2 status kat fb tak sabar nak balik raya...!! Mood keje dah tak der...mood blk kg..!
Eh eh eh...boleh tak aku buat status nak balik kampung jugak..
Boleh...?
Boleh...?
......................................................................................................
Balik kampung wo wo wo balik kampung...
Wo Wo Wo Balik Kampung Hati Riang.....
Wei aku yg tak balik kampung nie pun dah tak der mood nak berkerja..
Asyik2 pusing bandar..asyik2 kuar...asyik2 kuar...
adesh...keje yg membanyak tp mood yg mem"kurang"..
camaner...??
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Tuesday, August 23, 2011
Tiada maaf bagimu..kekekkek
Kisah semalam..kejadian di opis..tetiba jer rasa nak nyanyi..
~~Tanya sama pokok..apa sebab goyang...
~~nanti jawab pokok,angin yang goncang..
Hahahhaa...aku yg salah..aku yg salah...aku yg salah wahai donia..
aku ngaku aku salah...baguih kan aku..!
Dah salah aku..aku pun sesuka hati sesenang hati p lar mintak maap..
Tapi maapku tidak di terima,di tolak nya mentah2..tersentap ati aku..
Siap perli memerli ag...tapi ada ku kesah..!
Itulah sapa suruh jadi angin..sesuka hati jer nak goyang2 pokok..
Rasainnn....ampun kan saya penunggu gua..
Chowww....
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Monday, August 22, 2011
Entry yang tak bertajuk
Aku menunggu bulan jatuh ke riba...
Aku menunggu..menunggu...dan terus menunggu..
.
.
.
.
.
.
.
..
Jatuh ler bulan wei...
Jangan uat tak reti joo...
Kau nak aku seru ko kerr...
Ishhhhh...letih larr aku..
Kesian larr wei..nie kan bulan pose..
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Tuesday, August 16, 2011
Sejuk macam kat obersea..
Today..ekon sgt sejuk di opis....
melangkaui -1'c mungkin....ekon baru servis barangkali...hmmmmm
tapi bos aku cakap...ekon nak rosak that y sejuk yg melampau...
apa kaitan erk pebandingan bos aku tu..? uffff abaikan..!
Tadi hanja minum seteguk air milo saje..bila jam menghampiri ptg perut ku berkeroncong minta di isi..
ufffssss...kan dah nyesal tak isi perut dulu pagi td...!
Perut nie pun tak reti2 nak dop diam...
asik2 minta di isi...
alahai peyut...sabarlah weii...aku tau ko yg lapar peyut bukan aku..!
Bulan2 pose nie erk...
Tangan porm gatal asyik2 gugel resipi itu resipi ini...
tapi satu porm haram tak buat..
alahai bila lar nak mencuba resipi nie...asyik tergendala joo...!
Siapa disalahkan...Diri sendiri okey...! Dunt blame2 org laen okeh...!
Dah kow malas...telan jo ler air liur..!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 1 ulasan
Monday, August 15, 2011
Laki aku punya birth of date
15 ogos 2011...
Hari ini laki aku punya birthday..tua setahun dari tahun lepas...aku hadiaknan sesuatu untuk dia Jam tangan. Ada makna di sebalik jam tangan itu. hehhehehhehe..moga di fahami maksud di sebalik pemberian itu.
Doa aku yang baik-baik saje untuk suami aku..
Doa aku moga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki ( Biasa punya ucapan )
Doa aku moga dia menjadi suami dan bapa yg baik...
Doa aku moga dia sentiasa setia pada aku...
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Permulaan yang baik namun akhirnya.....
Kenapa erk setiap kali aku menulis ayat last ada titik2..?
Kenapa erk aku rasa tak cantik kalo tak boh titik2..?
Lain cerita.
Semalam ada acara berbuka pose nga Pmbk yaknie opis laki aku..lokasi seperti tahun lepas PCb Beach resort.
Aku : elehh bakpo pmbk uat tempat sama , buatla kat hotel kow..GRV kow,baru class skit
Laki Aku : caisss....ada yakin buat bukak pose..ada.? ada.? tak der kannnnn....
Aku : diam seribu bahasa....
YAkin = opis aku
Motif dialog : Bersyukurlah kamu wahai bini.
Aku di kecualikan untuk berpuasa selama seminggu. Walo di kecualikan berpuasa tapi mcm org puasa jugak kan..sbb x menjamah makanan lansun. Lembik wooo macam org pose. Balik keje singgah pasar ramadhan..beli nasi ayam n air to wali. Aku tumpang skaki yg wali punya.
Sapa umah ntah kol wape...tak tgk jam..makan2 nga wali..tgk2 ultraman..mau masuk lending dalam bilik skali tgk jam dah kol 6.15...biar betul dgn baju tak gosok lagi.
Siapkan anak-anak...skali laki aku tanya..
Laki : Baju melayu dady mane yang..tak gosok lagi kow "
Aku : Dady nak pakai baju mane
Laki : Baju maner...???? Baju meron tu larr..seminggu dos kea dop bea2 oyat nak pakai baju tuuu....
Aku : Diam tak terkata.....
NAsib baik sampai belum waktu berbuka...lau tak mesti aku yg di salahkan..dasar pentingkan diri sendiri...tak nak siap awal2..bla bla bla bla bla...tapi laki aku bukan gitu...aku menyalahkan diri sendiri okeh.
Nota Kakiku : Lari tajuk ker
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Sunday, August 14, 2011
Wordless Sunday
Wei takkan ler nak tunggu hari rabu baru bleh buat wordless...
arhhhhh...aku tak kira..aku tak kira...nak ari nie..nak ari nie jugak..!
Senyum tak perlu kata apa-apa...senyum...!
Minum syg...minum..Ibu kamu nie puasa..!
Ishhh....wordless ker nie...!
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan
Orang pertama yang bagi duit raya kat anak aku....
Suatu malam lepas berbuka umah Mertua...tetiba jer wali dtg pada aku...
merapu yg termampu oleh Akulahaku 0 ulasan